Selasa, 7 Ogos 2012

Program Orientasi untuk Pelajar Tingkatan 4




Pada awal tahun 2012, pelajar Tingkatan 4 telah menjalankan Program Orientasi. Program ini adalah untuk memberikan pelajar lebih memahami subjek-subjek yang ditawarkan semasa Tingkatan 4. Pada pukul 7.30pagi, program dimulakan dengan ucapan pengetua. Kaunselor dan ahli PRS memberikan bantuan yang sepenuhnya supaya program ini dapat dijalankan dengan lancar. Penolong kanan kurikulum telah memberikan ucapan dan mengawasi keadaan semasa dalam dewan. Pada masa yang sama,pelajar-pelajar mendengar sambil mencatat nota dengan penuh kesabaran. Pelajar-pelajar juga menjawab kertas soal tanya sendiri supaya lebih memahami bidang pembelajaran yang dipilih. 



Sekian, terima kasih :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan