Jumaat, 10 Ogos 2012

Maklumat penting tentang ahli PRS


Falsafah pembimbing rakan sebaya
Sebagai  PRS anda perlu sentiasa menghayati Falsafah PRS iaitu ‘Membantu orang lain membantu diri sendiri’.Dalam usaha membantu rakan, anda mendapat pengetahuan,kemahiran dan pengalaman untuk meningkatkan kecemerlangan diri.Oleh itu,anda seharusnya berusaha  mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan,perlakuan,perhubungan,kreativiti dan keimanan.
PRINSIP PRS
Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama,bangsa,kedudukan,perlakuan dan fizikal.
perkhidmatan PRS hendaklah dijalankan berdasarkan etika PRS

IKRAR PRS
Bahawanya saya / kami dengan ini berikrar menerima dan mematuhi serta mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sesi ________
Menerima jawatan ini dan sanggup memikul tanggungjawab serta amanah diberikan tanpa mengira tempat,masa dan rakan.
Berpegang teguh kepada etika Pembimbing Rakan Sebaya.
Berusaha menjadi murid contoh.
Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri.
Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih sayang.
Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS.

ETIKA PRS
amanah dan menyimpan rahsia
menerima dan menghormati rakan dan orang lain
memahami batasan dan keupayaan diri
sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek
melapor kepada guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa  tentang kes yang boleh merosakkan diri dan orang lain.
merujuk kes rumit kepada guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa
mematuhi peraturan sekolah ,norma masyarakat dan agama
PERANAN ANDA SEBAGAI PRS
menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
sebagai khidmat sokongan,anda membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan.
sebagai pelajar contoh kepada pelajar lain.


Sekian, terima kasih :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan