Jumaat, 17 Ogos 2012

Eksplorasi Hari Kerjaya


Eksplorasi Hari Kerjaya merupakan program tahunan sekolah yang diurusetiakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Satu kali mesyuarat AJK telah diadakan iaitu Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Induk dengan tujuan program ini dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Program ini merupakan anjuran bersama Unit Bimbingan & Kaunseling, Pembimbing Rakan Sebaya dan Kelab Bimbingan & Kaunseling dengan bantuan Lembaga Pegawas sekolah dan Kelab Perabot sekolah yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar khususnya pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 mengenai pemilihan kursus yang berkaitan dengan keperluan tenaga kerja negara dalam era globalisasi.  Selain itu, para pelajar juga didedahkan maklumat-maklumat IPT swasta yang ada di negara kita, aspek kursus yang ditawarkan, kos pembelajaran, pinjaman PTPTN, kemudahan-kemudahan yang disediakan dan lain-lain lagi. Pada peringkat awal sebanyak 23 IPT swasta bersetuju untuk menyertai eksplorasi ini, pada hari eksplorasi berlangsung, sebanyak 22 IPT swasta dapat hadir. Satu IPT swasta sahaja yang tidak dapat hadirkan diri iaitu HELP Universiti kerana tenaga kerja yang tidak mencukupi.

Pihak sekolah juga menjemput 6 sekolah menengah di Daerah Ledang iaitu SMK Tun Mamat, SMK Ledang, SMK Bukit Gambir, Sekolah Persendirian Pei Hwa, SMK Sri Tangkak dan SMK Tengku Mahmud Iskandar untuk hadir. Cuma 3 orang guru kaunseling dari SMK Tengku Mahmud Iskandar dapat hadir iaitu Encik Roazman, Pn. Rozaidah Bt Muni dan Pn. Hashimah Yon. Terima kasih diucapkan atas kerjasama dari sekolah menengah yang hadir.

Sambutan para pelajar dari sekolah ini khususnya amat menggalakkan. Para pelajar begitu bersungguh-sungguh dan berusaha untuk mendapatkan maklumat yang diperlunya untuk melanjutkan pelajaran selepas SPM. Para pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan pada masa yang telah ditentukan bagi mengelakkan kesesakan pada satu-satu masa.

Majlis tamat pada 12.00 petang. Semua program yang dirancang telah dapat dijalankan dengan lancar berkat kerjasama dari semua pihak iaitu Unit Bimbingan & Kaunseling, guru-guru, Lembaga Pegawas, urusetia dari Kelab PRS dan Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Kelab Perabot serta para pelajar.Maklum balas dari pihak kolej-kolej swasta amat memuaskan, mereka memuji para pelajar dari SMK Pei Hwa (CF) mengetahui cara menanya soalan-soalan tentang kursus-kursus yang mereka minati, perancangan hala tuju selepas SPM jelas, dan mengambil berat terhadap masa depan mereka. Jika keadaan mengizinkan program yang serupa akan diadakan pada tahun hadapan nanti.


Sekian, terima kasih :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan