Khamis, 16 Ogos 2012

Orang Kurang Upaya yang Berusaha Gigih Menjadi Tukang Membaiki Peralatan Elektronik



Lagu yang saya siarkan tadi disembahkan ramai orang kepada seorang kurang upaya yang dikenali Encik Wang Dongdong. Tinggi badannya tidak sampai 1.3 meter. Beliau terkenal dengan teknik yang hebat tentang membaiki perkakas elektronik, malah berjaya mendidik 247 orang perantis dalam tempoh lebih 20 tahun. Kebanyakan mereka yang menyanyikan lagu hari jadi tersebut, ada yang orang sihat, ada yang orang cacat dan juga ada yang sengaja pulang dari tempat jauh, merupakan perantis kepada Wang Dongdong. Keadaan tersebut dilihat sebagai tanda terima kasih kepada Wang Dongdong yang berhati mulia. 

Pada 8 Ogos 1958, Dongdong dilahirkan di satu keluarga biasa di bandar Guixi, Provinsi Jiangxi, bahagian selatan China. Beliau dikesan menghidap penyakit tulang belakang dan polio pada usia dua tahun. Bapanya terpaksa memikulnya mencoba-coba nasib bagi menemui doktor yang mampu mengubati anak kasihan itu. Usaha si bapa tidak berhasil dan hanya tinggal pengalaman yang mengecewakan. Kenangan punyai Dongdong semasa kecil berkait rapat dengan para doktor yang menolak dengan mengakui kalah pada penyakit yang Dongdong hidapi itu. 

Dengan demikian, keluarga Dongdong terpaksa memutuskan untuk menghentikan usaha bagi mendapatkan rawatan. Selepas itu, Dongdong pula terpaksa menerima keadaan badannya, iaitu berjalan pincang, lebih rendah badan daripada mereka yang seusia dengannya dan berasa sakit seluruh badan kadang kala. Sewaktu menghadapi cabaran yang lebih sulit daripada mereka yang sihat, Dongdong memperlihatkan sikap yang tabah.

Beliau berkata: "Walaupun sebagai orang cacat, saya perlu rajin bekerja dan mengekalkan perjuangan gigih seperti mereka yang sihat, saya yakin akan mencapai kejayaan."

Berdasarkan ketabahan seumpama itu, Dongdong sentiasa berusaha sedaya upaya baik di segi persekolahan mahupun di segi kehidupan harian. Semasa bersekolah, beliau selalu antara yang terdepan dalam kelasnya apabila mengikuti ujian.

Setelah menamatkan persekolahan di peringkat sekolah menengah pada tahun 1977, Dongdong berazam membantu keluarganya bagi membasmi kemiskinan berdasarkan semangat yang tabah. Beliau tidak sesuai melakukan kerja yang berat disebabkan susah bergerak badan. Maka, Dongdong memutuskan untuk mempelajari teknik membaiki perkakas elektronik yang dia minati.

Kata beliau: "Saya memulakan profesi ini dengan membaca buku yang berkaitan dan membuat alat-alat kecil dengan kemampuan sendiri."
Dalam tempoh setengah tahun pertama, Dongdong rajin membaca buku untuk menguasai pengetahuan yang berkaitan, seterusnya bertolak ke bandar Nanchang, iaitu ibukota Provinsi Jiangxi bagi mengikuti kursus membaiki elektronik. 

Kemudiannya, Dongdong menyewa satu kedai dan turut memulakan profesinya sebagai tukang elektronik."

Pada waktu itu, rakyat China baru mampu membeli TV hitam-putih. Maka Dongdong mengutamakan usaha bagi menguasai teknik membaiki TV. Beliau membeli banyak buku dan peralatan gantian dengan menggunakan wang simpanannya. Setelah menyelidik gambarajah litaran arus elektrik TV secara bersungguh-sungguh, Dongdong mula menyusun dan memasang pelbagai komponen TV dan menjadikannya sebagai satu yang siap lengkap yang boleh dipakai terus.

Seorang pelanggan kepada Dongdong, Encik Zhang Quande berkata: "Pastinya teknik yang dikuasainya hebat kerana mampu menyusun komponen dan memasang satu TV."

Nama Dongdong mula tersebar disebabkan teknik yang hebatnya. Ramai penduduk tempatan terlebih dahulu ingat nama Dongdong apabila perkakas elektronik mereka rosak.

Bagaimanapun, Dongdong tidak puas hati dengan kejayaan itu, malah berdasarkan semangat gigih, beliau secara berperingkat-peringkat menguasai teknik membaiki peralatan pembesar muzik, TV yang berwarna dan DVD. Kemahiran Dongdong yang luar biasa menjadikan urusniaganya terjamin dan berkembang maju..

Pada tangkapan Dongdong, teknik memang berperanan penting jika mahu menjayakan profesinya. Tetapi, kejayaan itu juga tidak dilepaskan daripada moral dan tabiat perseorangan yang mulia.

Kata Dongdong, "Setiap indvidu yang ingin menjayakan profesinya dalam masyarakat paling memerlukan kejujuran sehingga mendapatkan kepercayaan masyarakat."

Pada suatu ketika membaiki TV untuk seorang pelanggan, Encik Cheng Shuisheng, Dongdong mendapati bahawa hanya ada dua alat-alat kecil rosak dan cara pembaikannya agak ringkas. Jadi, Dongdong mahu menetapkan harga itu pada 9 yuan RMB sahaja.

Encik Cheng tidak membawa wang kecil pada waktu itu dan turut membayar 10 yuan. Dongdong tidak mempunyai wang kecil juga sebagai wang kembali. Beberapa hari selepas itu, Dongdong mengunjungi rumah Cheng untuk memberikan satu yuan sebagai wang kembali.

Populariti Dongdong semakin memuncak disebabkan teknik dan kejujurannya.
Seorang pelanggan lagi kepada Dongdong, Encik Li Dahai memaklumkan keadaan kepada wartawan CRI bahawa penduduk yang tinggal di sekitar rumah Dongdong suka mengunjungi kedainya apabila ada elektronik rosak.

Kata beliau: "Saya menghormati Pak Wang yang berhati mulia."
Setelah Dongdong menjadi terkenal, ramai orang mahu menjadi perantisnya bagi mempelajari teknik membaik elektronik.

Orang yang pertama menyatakan hasrat seumpama itu dikenali Chen Jingwang, orang kurang uapya pada kakinya.

Dongdong berkata: "Orang itu memerlukan bantuan kerana dia pun orang kurang upaya seperti saya."
Selepas itu, Dongdong mendapat satu tugas baru, iaitu bertindak sebagai guru bagi mengajar perantisnya.

Chen Jingwang berkata: "Saya merakamkan ribuan terima kasih kepada Pak Wang yang mengajar saya teknik ini. Pak Wang sukar saya lupakan apabila mengalami masalah dalam pelaksanaan pekerjaan ketika ini. Saya berasa bangga mendapat guru yang bersemangat gigih."





Sekian, terima kasih :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan