Perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh ahli PRS
PERKARA YANG OLEH DILAKUKAN OLEH AHLI PRS
- mematuhi etika kerahsiaan
- menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi
- berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa
- memimpin rakan melihat masalahnya dengan objektif dan menggalakkannya mencari penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya.
- merujuk kes yang berat kepada guru bimbingan dan kaunseling dan menjadi penghubung kepada rakan yang bermasalah untuk bertemu dengan guru bimbingan dan kaunseling atau orang yang lebih arif.
- menjalankan projek membantu rakan sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.
- mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu.
PERKARA YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN OLEH AHLI PRS
- mengawal,memberi khutbah atau mendesak rakan tentang apa yang mereka harus lakukan.
- membuat kesimpulan awal dan cuba mengubah mereka
- memberi nasihat atau cadangan penyelesaian untuk diikuti
- membuat sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh rakan itu sendiri
- Membuka rahsia kawan
- Mengharapkan semua masalah boleh diatasi dengan segera
- terus berbincang dengan rakan yang mengahadapi krisis dan masalah emosi yang mendalam
- bertindak menyelesaikan masalah rakan.
- mengendali masalah rakan yang runcing sehingga mengganggu ketenteraman jiwa
- menjalankan projek bersendirian dan mengetepikan rakan lain
- terlibat dengan masalahrakan secara peribadi sehingga mengganggu pelajaran dan perasaan
Sekian, terima kasih :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan