PRS adalah sebagai pembimbing sebaya , kaunselor sebaya ,
fasilitator sebaya , pembimbing pelajar , penolong pelajar , pembimbing rakan
dan pembantu rakan.
2.Apakah tugas PRS?
- Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
- Sebagai khidmat sokongan , PRS membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
- Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan.Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukan jika perlu.
- Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa menjalankan strategi intervensi jika perlu.Sebagai Role Model kepada murid lain.
- Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka dan tanpa syara.
- Mendengr , menjelas dan membantu rakann melihat beberapa alternatif sebelum membuat keputusan.
- Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah positif
- Mematuhi etika PRS
- Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi
- Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal
- Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan menggalakkannya mencari penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya
- Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.
- Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu.
3.Mengapakah PRS penting bagi golongan remaja ?
PRS penting bagi golongan remaja kerana di peringkat inilah
seseorang individu itu mengalami proses renggangan daripada ibu bapa dan
lingkungan keluarga.Ini merupakan proses yang dianggap palinjg utama dalam
hidup pada zaman remaja kerana jurang emosi telah tebentuk.Jurang ini harus
diisi dan dalam banyak perkara kepada rakan sebaya merekalah golongan remaja ini
mencari sokongan pada zaman transisi ini.Tambahan pula, menurut Coleman (1980)
, pentingnya rakan sebaya ini ialah mereka diikat dengan rasa mempunyai
pengalaman yang sama pada masa itu.Pergantungan golongan ini pada rakan-rakan
dikuatkan lagi dengan adanya konflik-konflik , ketegangan-ketegangan , dan
kesulitan yang dihadapi di rumah dibincangkan atau dikongsi bersama serta
dicari penyelesaiannya.Hasilnya,timbullah rasa simpati dan pemahaman yang
timbal balik.
Bagi remaja yang kurang yakin akan diri dan tidak pasti akan kebolehan serta tepaksa menyesuaikan diri dengan perubahan yang besar,mereka ini sangat memerlukan sokongan yang kuat.Oleh itu,mereka tidak dapat atau tidak selesa untuk mendapatkan sokongan atau pertolongan daripada orang dewasa.Ketika ini,rakan sebayalah yang memainkan peranan penting dalam memberikan sokongan yang diperlukan.Tambahan pula,masyarakat kini sedang mengalami jurang generasi.Ibu bapa telah kurang berinteraksi dengan anak-anak remaja mereka, seolah-olah meninggalkan tanggungjawab dalam membesarkan anak-anak itu.Ini menambahkan lagi perluya pertolongan daripada kaunselor rakan sebaya.
Bagi golongan remaja, keperluan untuk berkawan amat penting.Hamblin
(1980) menyatakan bahawa tidak mempunyai teman bererti kesunyian yang besar bagi
golongan muda.Mereka berasa terasing dan tersingkir kerana tidak ada kawan yang
ingin berbicara dengan mereka.Tanpa rakan sekolah,akan hilang nilainya pada
golongan muda dan pembelajaran akan menjadi lebih berat dan sukar.Apabila
seseorang itu berasa terasing daripada teman-teman, dia akan menarik diri.Ada
yang meninjukkan tanda-tanda psikosomatik,ada yang menjadi agresif dan rasa
benci kepada orang lain akibat daripada rasa marah dan takut yang dialaminya.
Bowmen (1983) dan Strain (1981) dalam kajian mereka mendapati pelajar-pelajar
yang berasa tersingkir adalah yang paling cenderung mengalami masalah psikologi
yang serius dalam hidup mereka pada masa depan nanti.Pelajar-pelajar begini
memerlukan teman-teman yang faham yang dapat menolong meringankan ketegangan
dan rasa resah mereka.Hanya kaunselor rakan sebayalah yang dapat memainkan
peranan sebagai teman dan memperbetulkan keadaan ini yang membolehkan mereka
berasa lebih selamat dan diterima oleh masyarakat remaja.
Rakan sebaya amat penting bagi golongan remaja. Apabila mereka bertambah besar, mereka akan bertambah rapat dengan rakan sebaya mereka , malah mereka lebih suka menghabiskan masa berinteraksi dengan kawan-kawan daripada keluarga di rumah. Mereka berasa mereka lebih mempunyai persamaan dengan kawan-kawan daripada ibu bapa meraka. Mahler dan Caaldwell (1961)berpendapat ini mungkin menjadi satu penarik kuasa yang amat kuat dalam mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran golongan remaja itu. Keseluruhan cara hidup dan pandangan mereka diwarnakan dengan apa yang dilihat dan didengar daripada rakan-rakan sebaya mereka.
4.Siapakah yang layak menjadi PRS dan bagaimana dengan pemilihannya
?
Tidak ada satu ciri yang tetap yang dapat dinyatakan paling baik
untuk memilih ahli. Namun begitu, pemilihan ahli haruslah teliti dan objektif.
Untuk menjadi tutor, mungkin prestasi akademik yang baik diperlukan.Namun
demikian, sekiranya untuk menghampiri pelajar yang ponteng sekolah, mungkin
ciri lain pula diperlukan.
Kaedah pemilihan juga boleh dibuat dengan cara menjemput pelajar
secara sukarela.Kaedah sukarela akan memudahkan proes pemilihan.Di samping itu,
kadangkala pelajar sebagai rakan sebaya juga boleh mencalonkan teman mereka
untuk menjadi PRS.Pemilihan cara begini mungkin akan mendapat calon yang disukai
oleh pelajar atau popular.
5.Adakah PRS akan menyimpan rahsia rakannya?
Ya. Sebagai PRS akan
sentiasa ingat dan patuh kepada etika iaitu
- amanah dan menyimpan rahsia
- menerima dan menghormati rakan dan orang lain
- memahami batasan dan keupayaan diri
- sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek
- melapor kepada guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa tentang kes yang boleh merosakkan diri dan orang lain
- merujuk kes rumit kepada guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa
- mematuhi peraturan sekolah ,norma masyarakat dan agama
6.Adakah PRS mempunyai kemahiran untuk memberikan perkhidmatan
Bimbingan & Kaunseling kepada pelajar ?
Semua PRS akan menerima latihan yang telah disediakan oleh sekolah ,
tujuannya adalah untuk menyediakan PRS dari segi pengetahuan,sikap dan etika
serta kemahiran untuk menjalankan peranan mereka.Pada asasnya, PRS adalah
seperti pelajar remaja yang lain.Mereka mempunyai kekuatan dan
kelemahan.Latihan yang diberikan haruslah membolehkan mereka memahami struktur
tugas PRS,memahami etika kerja PRS,berupaya menguruskan diri dan masa mereka,
mempunyai kebolehan berhubung dengan baik,dan juga berkebolehan menjalankan
tugas khusus yang diberikan kepada mereka.Sekiranya mereka diharapkan untuk
bertugas membantu rakan yang menghadapi masalah ponteng sekolah,mereka mesti
mempunyai pengetahuan serba sedikit tentang psikologi dan sosiologi rakan
mereka agar mereka tidak pula terpengaruh.Mereka juga harus diberikan kesedaran
tentang had-had tugas mereka.
Antara latihan asas yang diperlukan adalah seperti berikut :
1.
Latihan dalam kemahiran
komunikasi
2.
Latihan dalam pengenalan diri
3.
Latihan dalam teknik bimbingan
individu
4.
Latihan dalam bimbingan
kelompok
5. Latihan dalam asas kaunseling
seperti falsafah , prosedur dan etika
kerja serta proses kaunseling.
6. Latihan dalam bidang khusus
yang perli dijalankan seperti kemahiran mengendalikan tutorial,bimbingan
kerjaya,dan lain-lain.
Walaupun pembimbing rakan sebaya telah dilatih tetapi mereka bukan
kaunselor yang bertauliah.Mereka tetap dibawah seliaan guru Bimbingan dan
Kaunseling.
tq sis
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padamtq sis
BalasPadamTerima kasih
BalasPadamTq ❤
BalasPadamTq sis
BalasPadamTq
BalasPadamTq
BalasPadamtq very much tomorrow i am having my interview for prs
BalasPadamTq so much sis😍😍😍
BalasPadamTq sis im afraid if i cant make it for prs...but i'll try your advice🤗❤
BalasPadamTerima kasih saya takut sangat saya tak layak masuk prs tapi saya akan patuh arahan sekali lagi terima kasih saya akan dengar betul betul
BalasPadam