Sabtu, 4 Ogos 2012

Bengkel Pendidikan Teknikal dan Vokasional 2011


Bengkel ini anjuran bersama Further Study Intelligence dan Berjaya University College of Hospitality pada 28/8/2011 hingga 30/8/2011.Bengkei ini dirasmikan oleh Ybrs. Dr. Pang Chau Leong, Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran,Jabatan Pembangunan Kemahiran, dan Kementerian Sumber Manusia.

Para Peserta seramai 171 orang pelajar dari 41 buah sekolah menengah seluruh Malaysia mendengar ceramah & bengkel di Lecture Hall 1.Para peserta juga bersama dengan guru pengiring dibahagikan kepada enam kumpulan dengan tujuan melawat kampus Berjaya University College of Hospitality.Kumpulan Hospitality telah menghadiri taklimat Culinary Career Path Way yang disampaikan oleh Chef Billy Ng serta demonstrasi penyediaan “Fruit Tarts” & “Sabanna” .Peserta Kumpulan Hospitality dibahagikan kepada kumpulan kecil sekali lagi untuk menjalankan bengkel persediaan “Fruit Tartlets” dan “Fruit Sabayon”. Selain itu, pesyarah menerangkan ‘Table-Setting’ dan para peserta menjalankan latihan pelbagai jenis ‘Table-Setting’.

Seterusnya, para peserta makan tengah hari yang disediakan dan seterusnya menjalankan perbincangan isi kandungan sesi temu ramah dan persediaan persembahan hasil temu ramah yang akan dijalankan pada keesokan hari. Persembahan hasil temu ramah mereka telah mendapat komen-komen daripada Manager FSI, Manager WorldPoint Acadmy dan Manager Times Academy.

Sesi gambar juga dijalankan selepas penyampaian sijil oleh Manager Further Study Intelligence (FSI), iaitu Mr. Leong Sheng Yi.Pelajar banyak memperolehi pengalaman yang bernilai daripada Bengkel Pendidikan Teknikal dan Vokasional ini.


Sekian, terima kasih :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan