Rabu, 15 Ogos 2012

Takwin untuk kutipan derma mangsa-mangsa kelaparan di Afrika



Tarikh
16 Ogos 2011 (Selesa)

Masa
1:40 p.m – 2:40 p.m

Tempat
Kelas 3A6

Kehadiran
6/10 Ahli PRS


1 NG HUI YIN
2 GOH SHU WAN
3 TEE XIN YI
4 GAN JIN YING
5 IZWAN SYAFIQ RAMLEE
6 MUHAMMAD HAZIQ BIN NORHISAM


Turut Hadir
Pn. Sik Poh Keng
Cik Soo Siow Tieng
                       
Agenda
1. Ucapan Guru Penasihat
2. Pengagihan Tugas Ahli PRS Bahagian
3. Hal-hal lain


Ucapan Guru Penasihat
Cik. Soo Siow Tieng dan Pn. Sik Poh Keng mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru penasihat dan semua AJK PRS kerana telah meluangkan masa menghadiri Minit Mesyuarat kali ke-1. Aktiviti kutipan derma untuk mangsa-mangsa kelaparan Afrika dijalankan di dewan terbuka sekolah pada 22 hingga 26 Ogos 2011. Cik Soo menerangkan tujuan aktiviti ini kepada AJK PRS dan membincangkan aktiviti yang memberi kefahaman tentang kehidupan rakyat di Afrika dan mengumpulkan kutipan derma. Cik Soo memberi pandangan kepada AJK PRS supaya menampal maklumat-maklumat Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina tentang mangsa-mangsa kelaparan di Afrika serta mengadakan jualan amal dengan menjual aiskrim untuk mengumpul kutipan derma. Cik. Soo juga menyuruh dua orang pelajar Melayu PRS menyediakan video tentang mangsa-mangsa kelaparan di Afrika pada hari Isnin (22 Ogos 2011) untuk menyeru para palajar menderma duit untuk membantu mangsa-mangsa di Afrika dan ahli PRS menyanyikan sebuah lagu apabila perhimpunan. Cik Soo juga menyuruh ahli PRS menyediakan tabung kutipan derma dan menghiasnya dengan cantik serta menyediakan maklumat-maklumat tentang mangsa kelaparan Afrika yang boleh didapati daripada internet atau surat khabar. Pn. Sik memberi pandangan kepada AJK PRS tentang tempat yang menyimpan aiskrim dan perlu beberapa orang ahli PRS menjaga jualan amal pada waktu rehat Tingkatan 1. Cik. Soo dan Pn. Sik berharap semua ahli PRS dapat bekerjasama dengannya dalam aktiviti ini yang akan dijalankan pada 22 Ogos hingga 26 Ogos 2011.


Pengagihan Tugas Ahli PRS Bahagian

Ahli PRS  

  • Tingkatan 4

Menjual aiskrim pada waktu rehat Tingkatan 4 dan Tingkatan 5


  • Tingkatan 3

Menjual aiskrim pada waktu rehat Tingkatan 3


  • Tingkatan 2
Menjual aiskrim pada waktu rehat Tingkatan 2  


  • Tingkatan 4

Menjual aiskrim pada waktu rehat Tingkatan 1

Hal-hal lain
Cik Soo menerangkan tugas-tugas yang diagihkan untuk membolehkan ahli PRS menjalankan tugas masing-masing. Cik Soo membeli aiskrim daripada kilang aiskrim untuk menjalankan jualan amal di hadapan koperasi. Cik. Soo menyuruh pengerusi supaya tidak mengagihkan tugas menjual aiskrim kepada pelajar Melayu kerana pelajar Melayu sedang berpuasa.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2:40 petang.



Sekian, terima kasih :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan