Selasa, 14 Ogos 2012

Aktiviti amal untuk mangsa-mangsa kelaparan di Afrika.


Tarikh
22 – 26 Ogos 2011

Masa
7:30 pagi (22 Ogos 2011) – 5:00 petang (26 Ogos 2011)

Tempat
Dewan Terbuka Sekolah

Kehadiran
25/40 ahli PRS

Perkara
Pada hari Isnin (22 Ogos 2011), dua orang ahli PRS iaitu, Izwan Syafiq Ramlee dan Muhammad Haziq menyediakan satu klip video tentang mangsa-mangsa kelaparan di Afrika utuk membolehkan para pelajar memahami kehidupan mangsa-mangsa kelaparan di Afrika. Selain itu, 12 orang ahli PRS menyanyikan sebuah lagu, iaitu “Heal The World” dan memberi satu kad ucapan yang disediakan kepada guru-guru untuk menulis kata-kata harapan kepada mangsa-mangsa di Afrika. Sebelum Isnin, ahli PRS menghiaskan papan kenyataan dan menampal maklumat-maklumat tentang kehidupan mangsa-mangsa kelaparan di Afrika untuk mendedahkan maklumat kepada pelajar tentang cara hidup mereka serta menampal kad yang ditulis oleh guru-guru di papan kenyataan. Pada waktu rehat, ahli PRS yang berbangsa Cina mengadakan jualan amal, iaitu menjual aiskrim di hadapan koperasi untuk mengutip derma dan memberi peluang kepada pelajar untuk memupuk nilai kasih-sayang serta membantu golongan mangsa kelaparan di Afrika. Ahli PRS yang berbangsa Cina telah diagihkan tugas oleh pengerusi PRS untuk menjual aiskrim pada waktu rehat sesi pagi dan sesi petang. PRS Melayu pula menjaga tabung kutipan derma di surau. Aktiviti ini telah berjaya mengutip wang sebanyak RM3330. Jumlah wang tersebut telah dibankkan ke Sin Chew Daily melalui RHB Bank pada 26 Ogos 2011.

Refleksi
Penglibatan ahli-ahli Pembimbing Rakan Sebaya dan pelajar-pelajar agak memuaskan. Semuanya telah memberikan kerjasama atas aktiviti ini. Mereka mengamalkan nilai kasih sayang dengan membantu dalam mengumpulkan kutipan derma dan menderma duit untuk membantu golongan mangsa kelaparan di Afrika.


Sekian, terima kasih :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan