Rabu, 15 Ogos 2012

Takwin untuk kutipan derma mangsa-mangsa kelaparan di Afrika



Tarikh
16 Ogos 2011 (Selesa)

Masa
1:40 p.m – 2:40 p.m

Tempat
Kelas 3A6

Kehadiran
6/10 Ahli PRS


1 NG HUI YIN
2 GOH SHU WAN
3 TEE XIN YI
4 GAN JIN YING
5 IZWAN SYAFIQ RAMLEE
6 MUHAMMAD HAZIQ BIN NORHISAM


Turut Hadir
Pn. Sik Poh Keng
Cik Soo Siow Tieng
                       
Agenda
1. Ucapan Guru Penasihat
2. Pengagihan Tugas Ahli PRS Bahagian
3. Hal-hal lain


Ucapan Guru Penasihat
Cik. Soo Siow Tieng dan Pn. Sik Poh Keng mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru penasihat dan semua AJK PRS kerana telah meluangkan masa menghadiri Minit Mesyuarat kali ke-1. Aktiviti kutipan derma untuk mangsa-mangsa kelaparan Afrika dijalankan di dewan terbuka sekolah pada 22 hingga 26 Ogos 2011. Cik Soo menerangkan tujuan aktiviti ini kepada AJK PRS dan membincangkan aktiviti yang memberi kefahaman tentang kehidupan rakyat di Afrika dan mengumpulkan kutipan derma. Cik Soo memberi pandangan kepada AJK PRS supaya menampal maklumat-maklumat Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina tentang mangsa-mangsa kelaparan di Afrika serta mengadakan jualan amal dengan menjual aiskrim untuk mengumpul kutipan derma. Cik. Soo juga menyuruh dua orang pelajar Melayu PRS menyediakan video tentang mangsa-mangsa kelaparan di Afrika pada hari Isnin (22 Ogos 2011) untuk menyeru para palajar menderma duit untuk membantu mangsa-mangsa di Afrika dan ahli PRS menyanyikan sebuah lagu apabila perhimpunan. Cik Soo juga menyuruh ahli PRS menyediakan tabung kutipan derma dan menghiasnya dengan cantik serta menyediakan maklumat-maklumat tentang mangsa kelaparan Afrika yang boleh didapati daripada internet atau surat khabar. Pn. Sik memberi pandangan kepada AJK PRS tentang tempat yang menyimpan aiskrim dan perlu beberapa orang ahli PRS menjaga jualan amal pada waktu rehat Tingkatan 1. Cik. Soo dan Pn. Sik berharap semua ahli PRS dapat bekerjasama dengannya dalam aktiviti ini yang akan dijalankan pada 22 Ogos hingga 26 Ogos 2011.


Pengagihan Tugas Ahli PRS Bahagian

Ahli PRS  

  • Tingkatan 4

Menjual aiskrim pada waktu rehat Tingkatan 4 dan Tingkatan 5


  • Tingkatan 3

Menjual aiskrim pada waktu rehat Tingkatan 3


  • Tingkatan 2
Menjual aiskrim pada waktu rehat Tingkatan 2  


  • Tingkatan 4

Menjual aiskrim pada waktu rehat Tingkatan 1

Hal-hal lain
Cik Soo menerangkan tugas-tugas yang diagihkan untuk membolehkan ahli PRS menjalankan tugas masing-masing. Cik Soo membeli aiskrim daripada kilang aiskrim untuk menjalankan jualan amal di hadapan koperasi. Cik. Soo menyuruh pengerusi supaya tidak mengagihkan tugas menjual aiskrim kepada pelajar Melayu kerana pelajar Melayu sedang berpuasa.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2:40 petang.



Sekian, terima kasih :)

Selasa, 14 Ogos 2012

Aktiviti amal untuk mangsa-mangsa kelaparan di Afrika.


Tarikh
22 – 26 Ogos 2011

Masa
7:30 pagi (22 Ogos 2011) – 5:00 petang (26 Ogos 2011)

Tempat
Dewan Terbuka Sekolah

Kehadiran
25/40 ahli PRS

Perkara
Pada hari Isnin (22 Ogos 2011), dua orang ahli PRS iaitu, Izwan Syafiq Ramlee dan Muhammad Haziq menyediakan satu klip video tentang mangsa-mangsa kelaparan di Afrika utuk membolehkan para pelajar memahami kehidupan mangsa-mangsa kelaparan di Afrika. Selain itu, 12 orang ahli PRS menyanyikan sebuah lagu, iaitu “Heal The World” dan memberi satu kad ucapan yang disediakan kepada guru-guru untuk menulis kata-kata harapan kepada mangsa-mangsa di Afrika. Sebelum Isnin, ahli PRS menghiaskan papan kenyataan dan menampal maklumat-maklumat tentang kehidupan mangsa-mangsa kelaparan di Afrika untuk mendedahkan maklumat kepada pelajar tentang cara hidup mereka serta menampal kad yang ditulis oleh guru-guru di papan kenyataan. Pada waktu rehat, ahli PRS yang berbangsa Cina mengadakan jualan amal, iaitu menjual aiskrim di hadapan koperasi untuk mengutip derma dan memberi peluang kepada pelajar untuk memupuk nilai kasih-sayang serta membantu golongan mangsa kelaparan di Afrika. Ahli PRS yang berbangsa Cina telah diagihkan tugas oleh pengerusi PRS untuk menjual aiskrim pada waktu rehat sesi pagi dan sesi petang. PRS Melayu pula menjaga tabung kutipan derma di surau. Aktiviti ini telah berjaya mengutip wang sebanyak RM3330. Jumlah wang tersebut telah dibankkan ke Sin Chew Daily melalui RHB Bank pada 26 Ogos 2011.

Refleksi
Penglibatan ahli-ahli Pembimbing Rakan Sebaya dan pelajar-pelajar agak memuaskan. Semuanya telah memberikan kerjasama atas aktiviti ini. Mereka mengamalkan nilai kasih sayang dengan membantu dalam mengumpulkan kutipan derma dan menderma duit untuk membantu golongan mangsa kelaparan di Afrika.


Sekian, terima kasih :)

Isnin, 13 Ogos 2012

Makna Logo Kami




  • Warna merah melambangkan keberanian pelajar untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
  • Warna kuning melambangkan kesetiaan kepada Raja dan Negara.
  • Warna hijau melambangkan perkembangan mental dan fizikal warga Pei Hwa sentiasa sihat.
  • Warna biru tua melambangkan perpaduan di kalangan warga Pei Hwa
  • Warna ungu melambangkan warna rasmi PRS
  • Warna biru muda melambangkan keamanan , keharmonian dan kasih sayang
  • 2 segi tiga melambangkan sentiasa menghulurkan tangan, bersedia membantu dan menerima rakan sebaya tanpa mengira bangsa , agama dan kaum.
  • Frasa moto PRS ‘Bantu Diri & Rakan’ .



Sekian, terima kasih :)

Sabtu, 11 Ogos 2012

Perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh ahli PRS


PERKARA YANG OLEH DILAKUKAN OLEH AHLI PRS

  • mematuhi etika kerahsiaan
  • menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi
  • berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa
  • memimpin rakan melihat masalahnya dengan objektif dan menggalakkannya mencari  penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya.
  • merujuk kes yang berat kepada guru bimbingan dan kaunseling dan menjadi penghubung kepada rakan yang bermasalah untuk bertemu dengan guru bimbingan dan kaunseling atau orang yang lebih arif.
  • menjalankan projek membantu rakan sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.
  • mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu.


PERKARA YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN OLEH AHLI PRS

  • mengawal,memberi khutbah atau mendesak rakan tentang apa yang mereka harus lakukan.
  • membuat kesimpulan awal dan cuba mengubah mereka
  • memberi nasihat atau cadangan penyelesaian untuk diikuti
  • membuat sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh rakan itu sendiri
  • Membuka rahsia kawan
  • Mengharapkan semua masalah boleh diatasi dengan segera
  • terus berbincang dengan rakan yang mengahadapi krisis dan masalah emosi yang mendalam
  • bertindak menyelesaikan masalah rakan.
  • mengendali masalah rakan yang runcing sehingga mengganggu ketenteraman jiwa
  • menjalankan projek bersendirian dan mengetepikan rakan lain
  • terlibat dengan masalahrakan secara peribadi sehingga mengganggu pelajaran dan perasaan



Sekian, terima kasih :)

Jumaat, 10 Ogos 2012

Maklumat penting tentang ahli PRS


Falsafah pembimbing rakan sebaya
Sebagai  PRS anda perlu sentiasa menghayati Falsafah PRS iaitu ‘Membantu orang lain membantu diri sendiri’.Dalam usaha membantu rakan, anda mendapat pengetahuan,kemahiran dan pengalaman untuk meningkatkan kecemerlangan diri.Oleh itu,anda seharusnya berusaha  mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan,perlakuan,perhubungan,kreativiti dan keimanan.
PRINSIP PRS
Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama,bangsa,kedudukan,perlakuan dan fizikal.
perkhidmatan PRS hendaklah dijalankan berdasarkan etika PRS

IKRAR PRS
Bahawanya saya / kami dengan ini berikrar menerima dan mematuhi serta mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sesi ________
Menerima jawatan ini dan sanggup memikul tanggungjawab serta amanah diberikan tanpa mengira tempat,masa dan rakan.
Berpegang teguh kepada etika Pembimbing Rakan Sebaya.
Berusaha menjadi murid contoh.
Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri.
Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih sayang.
Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS.

ETIKA PRS
amanah dan menyimpan rahsia
menerima dan menghormati rakan dan orang lain
memahami batasan dan keupayaan diri
sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek
melapor kepada guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa  tentang kes yang boleh merosakkan diri dan orang lain.
merujuk kes rumit kepada guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa
mematuhi peraturan sekolah ,norma masyarakat dan agama
PERANAN ANDA SEBAGAI PRS
menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
sebagai khidmat sokongan,anda membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan.
sebagai pelajar contoh kepada pelajar lain.


Sekian, terima kasih :)

Khamis, 9 Ogos 2012

Kursus PRS pada tahun 2012




Ahli PRS telah menyertai Kursus Kali Ke-6 Peringkat Kebangsaan yang bertema “ NUO YA FANG ZHOU “ selama 3 hari 2 malam , adalah pada 26/5/2012 hingga 28/5/2012. Kursus ini telah diadakan di Kolej New Era , Kajang. Melalui kursus ini, PRS telah belajar bagaimana menjadi seorang Pembimbingan Rakan Sebaya. . Antaranya ialah teknik-teknik berkomunikasi dengan rakan-rakan yang menghadapi masalah dan telah diberitahu sebilangan perkataan yang sepatutnya dielakkan dalam komunikasi. Melalui permainan yang disediakan oleh Pelajar Kolej New Era, PRS telah mengetahui betapa pentingnya semangat kerjasama dalam melakukan sesuatu perkara. Selain membelajari teknik-teknik untuk membantu rakan-rakan yang menghadapi masalah , PRS juga dapat lebih memahami perasaan diri sendiri.  


Sekian, terima kasih :)