Memaparkan catatan dengan label 2012. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2012. Papar semua catatan

Khamis, 20 September 2012

Time for celebrate :)



CONGRATULATIONS BECAUSE YOU DID IT :D

Kami amat bersyukur kerana empat orang wakil SMK Pei Hwa (CF) iaitu Rasyidah,Chun Xin,Koh Chin dan Khai Ling telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Mencipta Laman Web/ Blog. Walaupun kami tidak mendapat johan dalam pertandingan ini, kami tetap berasa sangat bangga kerana kami telah berusaha dan mampu menghasilkan blog ini dalam tempoh empat hari tanpa bantuan guru ICT dan mendapat kenangan yang manis semasa dalam proses untuk membuat penyediaan.Nasib baik kami mempunyai rakan yang sememangnya pakar dalam mereka blog, terima kasih Chun Xin. Bagi kami, walaupun pertandingan amat penting, tetapi kami paling mengutamakan friendship kami. Kami tidak melepaskan mana-mana peluang yang kami boleh berkumpul bersama-sama. Kami juga berterima kasih kepada guru-guru kami yang memimpin kami, komen-komen yang diberikan oleh mereka sangat berguna untuk kami. Terima kasih, Cik Soo dan Puan Sik :D


TIME FOR CELEBRATE :D


Sekian, terima kasih :)

Selasa, 18 September 2012

Semoga Berjaya



keesokkan harinya empat orang AJK Pembimbing Rakan Sebaya sekolah kami, iaitu wakil SMK Pei Hwa (CF) akan menghadiri pertandingan mereka cipta laman web atau dikenali sebagai blog. Kami telah bertungku lumus untuk menyediakan laman web ini. Harap-harap kami boleh dipilih :)
Sekian, terima kasih :)

Rabu, 12 September 2012

Lirik lagu SMK Pei Hwa (CF)



Saya tahu dunia bukan senang untuk kamu

Saya juga faham kamu bukan sunyi

Saya juga tahu anda perlu kawan

Saya faham duniamu sangat susah dan rumit

We are right here for you

Let us helped your life

We are right here for you

Let us listen your voice

We are right here for you

Let us go into your heart

Kami sentiasa sedia

Sedia membantu kamu semua
Sekian, terima kasih :)

Selasa, 11 September 2012

Mesyuarat Agung




Kami telah mengadakan mesyuarat agung untuk memilih jawatankuasa 2012/2013. Pengerusi 2011/2012 mengerusikan majlis itu.Ahli mengundi kepada calon yang berkemampuan untuk memegang jawatan. Ahli juga mencadangkan AJK yang baru untuk memegang jawatan. Selepas itu,
Sekian, terima kasih :)

Lagu Tema PRS SMK Pei Hwa CF


Lagu itu yang boleh memainkan di bawah sebelah kanan ialah ciptaan kami.
Kalau ingin memuat turun, silalah memuat turun di sini :)



Sekian, terima kasih :)

Rabu, 29 Ogos 2012

Lawatan kerjaya ke Muzium Tentere Udara Diraja Malaysia




Pembimbing Rakan Sebaya mengadakan lawatan kerjaya pada 14 April 2012. Lawatan ini bertujuan untuk menambah pengetahuan kerjaya di bidang tentera udara diraja Malaysia.
Sekian, terima kasih :)

Jumaat, 17 Ogos 2012

Eksplorasi Hari Kerjaya


Eksplorasi Hari Kerjaya merupakan program tahunan sekolah yang diurusetiakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Satu kali mesyuarat AJK telah diadakan iaitu Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Induk dengan tujuan program ini dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Program ini merupakan anjuran bersama Unit Bimbingan & Kaunseling, Pembimbing Rakan Sebaya dan Kelab Bimbingan & Kaunseling dengan bantuan Lembaga Pegawas sekolah dan Kelab Perabot sekolah yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar khususnya pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 mengenai pemilihan kursus yang berkaitan dengan keperluan tenaga kerja negara dalam era globalisasi.  Selain itu, para pelajar juga didedahkan maklumat-maklumat IPT swasta yang ada di negara kita, aspek kursus yang ditawarkan, kos pembelajaran, pinjaman PTPTN, kemudahan-kemudahan yang disediakan dan lain-lain lagi. Pada peringkat awal sebanyak 23 IPT swasta bersetuju untuk menyertai eksplorasi ini, pada hari eksplorasi berlangsung, sebanyak 22 IPT swasta dapat hadir. Satu IPT swasta sahaja yang tidak dapat hadirkan diri iaitu HELP Universiti kerana tenaga kerja yang tidak mencukupi.

Pihak sekolah juga menjemput 6 sekolah menengah di Daerah Ledang iaitu SMK Tun Mamat, SMK Ledang, SMK Bukit Gambir, Sekolah Persendirian Pei Hwa, SMK Sri Tangkak dan SMK Tengku Mahmud Iskandar untuk hadir. Cuma 3 orang guru kaunseling dari SMK Tengku Mahmud Iskandar dapat hadir iaitu Encik Roazman, Pn. Rozaidah Bt Muni dan Pn. Hashimah Yon. Terima kasih diucapkan atas kerjasama dari sekolah menengah yang hadir.

Sambutan para pelajar dari sekolah ini khususnya amat menggalakkan. Para pelajar begitu bersungguh-sungguh dan berusaha untuk mendapatkan maklumat yang diperlunya untuk melanjutkan pelajaran selepas SPM. Para pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan pada masa yang telah ditentukan bagi mengelakkan kesesakan pada satu-satu masa.

Majlis tamat pada 12.00 petang. Semua program yang dirancang telah dapat dijalankan dengan lancar berkat kerjasama dari semua pihak iaitu Unit Bimbingan & Kaunseling, guru-guru, Lembaga Pegawas, urusetia dari Kelab PRS dan Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Kelab Perabot serta para pelajar.Maklum balas dari pihak kolej-kolej swasta amat memuaskan, mereka memuji para pelajar dari SMK Pei Hwa (CF) mengetahui cara menanya soalan-soalan tentang kursus-kursus yang mereka minati, perancangan hala tuju selepas SPM jelas, dan mengambil berat terhadap masa depan mereka. Jika keadaan mengizinkan program yang serupa akan diadakan pada tahun hadapan nanti.


Sekian, terima kasih :)

Khamis, 9 Ogos 2012

Kursus PRS pada tahun 2012




Ahli PRS telah menyertai Kursus Kali Ke-6 Peringkat Kebangsaan yang bertema “ NUO YA FANG ZHOU “ selama 3 hari 2 malam , adalah pada 26/5/2012 hingga 28/5/2012. Kursus ini telah diadakan di Kolej New Era , Kajang. Melalui kursus ini, PRS telah belajar bagaimana menjadi seorang Pembimbingan Rakan Sebaya. . Antaranya ialah teknik-teknik berkomunikasi dengan rakan-rakan yang menghadapi masalah dan telah diberitahu sebilangan perkataan yang sepatutnya dielakkan dalam komunikasi. Melalui permainan yang disediakan oleh Pelajar Kolej New Era, PRS telah mengetahui betapa pentingnya semangat kerjasama dalam melakukan sesuatu perkara. Selain membelajari teknik-teknik untuk membantu rakan-rakan yang menghadapi masalah , PRS juga dapat lebih memahami perasaan diri sendiri.  


Sekian, terima kasih :)

Selasa, 7 Ogos 2012

Program Orientasi untuk Pelajar Tingkatan 4




Pada awal tahun 2012, pelajar Tingkatan 4 telah menjalankan Program Orientasi. Program ini adalah untuk memberikan pelajar lebih memahami subjek-subjek yang ditawarkan semasa Tingkatan 4. Pada pukul 7.30pagi, program dimulakan dengan ucapan pengetua. Kaunselor dan ahli PRS memberikan bantuan yang sepenuhnya supaya program ini dapat dijalankan dengan lancar. Penolong kanan kurikulum telah memberikan ucapan dan mengawasi keadaan semasa dalam dewan. Pada masa yang sama,pelajar-pelajar mendengar sambil mencatat nota dengan penuh kesabaran. Pelajar-pelajar juga menjawab kertas soal tanya sendiri supaya lebih memahami bidang pembelajaran yang dipilih. 



Sekian, terima kasih :)