Memaparkan catatan dengan label 2011. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2011. Papar semua catatan

Rabu, 5 September 2012

Majlis Perpisahan Ahli PRS 2011/2012





Kami telah mengadakan majlis perpisahan untuk ahli PRS Tingkatan 5. Tujuan majlis perpisahan ini adalah untuk mengenang dan menghargai jasa dan sumbang yang diberikan oleh mereka.  Di samping majlis perpisahan ini, kami juga melawat Pulau Kukup.  Lawatan ini telah menyemai nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar.


Sekian, terima kasih :)

Isnin, 20 Ogos 2012

Kem "NO APOLOGIES"


Ahli Pembimbing Rakan Sebaya SMK Pei Hwa (CF) telah mengadakan kem di Taman Negara Gunung Ledang pada 23 dan 24 April 2011. Tajuk kem ini ialah “NO APOLOGIES”. Pada hari pertama, semua guru dan pelajar yang menyertai kem ini bertolak dari halaman sekolah ke Taman Negara Gunung Ledang pada pukul 7 pagi. Guru-guru yang diadakan kem ini mengadakan beberapa ceramah seperti “Memperkenalkan Isi Kandungan Program”, “Kita Semua Mahukan Perhubungan Yang Sihat”, “Kecelikan Media”, “Seks Sebelum Kahwin Dan Kesannya”, “HIV Satu Generasi Yang Berisiko”, “Penahanan Diri Dan Kesannya”, “Perkahwinan Adalah Penting Dan Bermakna”. Mereka juga mengadakan aktiviti yang lain seperti pelbagai game dan night walk. Mereka juga menyediakan hadiah kepda murid yang menang games dan menjawab soalan.
Sekian, terima kasih :)

Sabtu, 18 Ogos 2012

Drama yang dipersembahkan oleh ahli PRS


Tarikh
15 April 2011

Masa
7.15 – 7.40 pagi

Tempat
Gelanggang Bola Keranjang Sekolah

Kehadiran
11/11 (Ahli Pembimbing Rakan Sebaya)

Perkara
Pada hari Moral (Jumaat), ahli Pembimbing Rakan Sebaya telah memberi persembahan sebuah drama tentang beberapa haiwan yang tinggal di sebuah ladang sedang berbincang tentang tuan mereka. Drama ini adalah berkaitan dengan pengurusan emosi.

Refleksi
Penglibatan ahli-ahli Pembimbing Rakan Sebaya agak memuaskan. Semuanya telah memberikan kerjasama atas persembahan ini.

Catatan
Sebelum persembahan ini, ahli-ahli Pembimbing Rakan Sebaya telah menjalankan latihan persembahan sebanyak 3 kali pada 11 April, 12 April, 14 April 2011 di bilik kaunseling.


Sekian, terima kasih :)

Rabu, 15 Ogos 2012

Takwin untuk kutipan derma mangsa-mangsa kelaparan di Afrika



Tarikh
16 Ogos 2011 (Selesa)

Masa
1:40 p.m – 2:40 p.m

Tempat
Kelas 3A6

Kehadiran
6/10 Ahli PRS


1 NG HUI YIN
2 GOH SHU WAN
3 TEE XIN YI
4 GAN JIN YING
5 IZWAN SYAFIQ RAMLEE
6 MUHAMMAD HAZIQ BIN NORHISAM


Turut Hadir
Pn. Sik Poh Keng
Cik Soo Siow Tieng
                       
Agenda
1. Ucapan Guru Penasihat
2. Pengagihan Tugas Ahli PRS Bahagian
3. Hal-hal lain


Ucapan Guru Penasihat
Cik. Soo Siow Tieng dan Pn. Sik Poh Keng mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru penasihat dan semua AJK PRS kerana telah meluangkan masa menghadiri Minit Mesyuarat kali ke-1. Aktiviti kutipan derma untuk mangsa-mangsa kelaparan Afrika dijalankan di dewan terbuka sekolah pada 22 hingga 26 Ogos 2011. Cik Soo menerangkan tujuan aktiviti ini kepada AJK PRS dan membincangkan aktiviti yang memberi kefahaman tentang kehidupan rakyat di Afrika dan mengumpulkan kutipan derma. Cik Soo memberi pandangan kepada AJK PRS supaya menampal maklumat-maklumat Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina tentang mangsa-mangsa kelaparan di Afrika serta mengadakan jualan amal dengan menjual aiskrim untuk mengumpul kutipan derma. Cik. Soo juga menyuruh dua orang pelajar Melayu PRS menyediakan video tentang mangsa-mangsa kelaparan di Afrika pada hari Isnin (22 Ogos 2011) untuk menyeru para palajar menderma duit untuk membantu mangsa-mangsa di Afrika dan ahli PRS menyanyikan sebuah lagu apabila perhimpunan. Cik Soo juga menyuruh ahli PRS menyediakan tabung kutipan derma dan menghiasnya dengan cantik serta menyediakan maklumat-maklumat tentang mangsa kelaparan Afrika yang boleh didapati daripada internet atau surat khabar. Pn. Sik memberi pandangan kepada AJK PRS tentang tempat yang menyimpan aiskrim dan perlu beberapa orang ahli PRS menjaga jualan amal pada waktu rehat Tingkatan 1. Cik. Soo dan Pn. Sik berharap semua ahli PRS dapat bekerjasama dengannya dalam aktiviti ini yang akan dijalankan pada 22 Ogos hingga 26 Ogos 2011.


Pengagihan Tugas Ahli PRS Bahagian

Ahli PRS  

  • Tingkatan 4

Menjual aiskrim pada waktu rehat Tingkatan 4 dan Tingkatan 5


  • Tingkatan 3

Menjual aiskrim pada waktu rehat Tingkatan 3


  • Tingkatan 2
Menjual aiskrim pada waktu rehat Tingkatan 2  


  • Tingkatan 4

Menjual aiskrim pada waktu rehat Tingkatan 1

Hal-hal lain
Cik Soo menerangkan tugas-tugas yang diagihkan untuk membolehkan ahli PRS menjalankan tugas masing-masing. Cik Soo membeli aiskrim daripada kilang aiskrim untuk menjalankan jualan amal di hadapan koperasi. Cik. Soo menyuruh pengerusi supaya tidak mengagihkan tugas menjual aiskrim kepada pelajar Melayu kerana pelajar Melayu sedang berpuasa.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2:40 petang.



Sekian, terima kasih :)

Selasa, 14 Ogos 2012

Aktiviti amal untuk mangsa-mangsa kelaparan di Afrika.


Tarikh
22 – 26 Ogos 2011

Masa
7:30 pagi (22 Ogos 2011) – 5:00 petang (26 Ogos 2011)

Tempat
Dewan Terbuka Sekolah

Kehadiran
25/40 ahli PRS

Perkara
Pada hari Isnin (22 Ogos 2011), dua orang ahli PRS iaitu, Izwan Syafiq Ramlee dan Muhammad Haziq menyediakan satu klip video tentang mangsa-mangsa kelaparan di Afrika utuk membolehkan para pelajar memahami kehidupan mangsa-mangsa kelaparan di Afrika. Selain itu, 12 orang ahli PRS menyanyikan sebuah lagu, iaitu “Heal The World” dan memberi satu kad ucapan yang disediakan kepada guru-guru untuk menulis kata-kata harapan kepada mangsa-mangsa di Afrika. Sebelum Isnin, ahli PRS menghiaskan papan kenyataan dan menampal maklumat-maklumat tentang kehidupan mangsa-mangsa kelaparan di Afrika untuk mendedahkan maklumat kepada pelajar tentang cara hidup mereka serta menampal kad yang ditulis oleh guru-guru di papan kenyataan. Pada waktu rehat, ahli PRS yang berbangsa Cina mengadakan jualan amal, iaitu menjual aiskrim di hadapan koperasi untuk mengutip derma dan memberi peluang kepada pelajar untuk memupuk nilai kasih-sayang serta membantu golongan mangsa kelaparan di Afrika. Ahli PRS yang berbangsa Cina telah diagihkan tugas oleh pengerusi PRS untuk menjual aiskrim pada waktu rehat sesi pagi dan sesi petang. PRS Melayu pula menjaga tabung kutipan derma di surau. Aktiviti ini telah berjaya mengutip wang sebanyak RM3330. Jumlah wang tersebut telah dibankkan ke Sin Chew Daily melalui RHB Bank pada 26 Ogos 2011.

Refleksi
Penglibatan ahli-ahli Pembimbing Rakan Sebaya dan pelajar-pelajar agak memuaskan. Semuanya telah memberikan kerjasama atas aktiviti ini. Mereka mengamalkan nilai kasih sayang dengan membantu dalam mengumpulkan kutipan derma dan menderma duit untuk membantu golongan mangsa kelaparan di Afrika.


Sekian, terima kasih :)

Isnin, 6 Ogos 2012

Kem Pengawas 2011





Pada tahun 2011 , pengawas telah mengadakan kem untuk membina jati diri di SMJK Pei Hwa dibawah unit Bimbingan & Kaunseling.Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan di kem tersebut untuk merapatkan hubungan di antara satu sama lain.


Sekian, terima kasih :)

Ahad, 5 Ogos 2012

Lawatan Sambil Belajar ke Multimedia University




Pada Bulan Disember tahun 2011, Kelab Bimbingan Dan Kaunseling telah berjaya menganjurkan lawatan sambil belajar ke Multimedia Universiti. Penceramah menerangkan kapal angkasa dan memberi penjelasan bagaimana angkasawan mendarat di bulan. Pelajar-pelajar mendapat peluang untuk lebih memahami tentang angkasa.


Sekian, terima kasih :)

Sabtu, 4 Ogos 2012

Bengkel Pendidikan Teknikal dan Vokasional 2011


Bengkel ini anjuran bersama Further Study Intelligence dan Berjaya University College of Hospitality pada 28/8/2011 hingga 30/8/2011.Bengkei ini dirasmikan oleh Ybrs. Dr. Pang Chau Leong, Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran,Jabatan Pembangunan Kemahiran, dan Kementerian Sumber Manusia.

Para Peserta seramai 171 orang pelajar dari 41 buah sekolah menengah seluruh Malaysia mendengar ceramah & bengkel di Lecture Hall 1.Para peserta juga bersama dengan guru pengiring dibahagikan kepada enam kumpulan dengan tujuan melawat kampus Berjaya University College of Hospitality.Kumpulan Hospitality telah menghadiri taklimat Culinary Career Path Way yang disampaikan oleh Chef Billy Ng serta demonstrasi penyediaan “Fruit Tarts” & “Sabanna” .Peserta Kumpulan Hospitality dibahagikan kepada kumpulan kecil sekali lagi untuk menjalankan bengkel persediaan “Fruit Tartlets” dan “Fruit Sabayon”. Selain itu, pesyarah menerangkan ‘Table-Setting’ dan para peserta menjalankan latihan pelbagai jenis ‘Table-Setting’.

Seterusnya, para peserta makan tengah hari yang disediakan dan seterusnya menjalankan perbincangan isi kandungan sesi temu ramah dan persediaan persembahan hasil temu ramah yang akan dijalankan pada keesokan hari. Persembahan hasil temu ramah mereka telah mendapat komen-komen daripada Manager FSI, Manager WorldPoint Acadmy dan Manager Times Academy.

Sesi gambar juga dijalankan selepas penyampaian sijil oleh Manager Further Study Intelligence (FSI), iaitu Mr. Leong Sheng Yi.Pelajar banyak memperolehi pengalaman yang bernilai daripada Bengkel Pendidikan Teknikal dan Vokasional ini.


Sekian, terima kasih :)

Khamis, 2 Ogos 2012

Persembahan tentang Penyakit "AIDS"


Tarikh: 15 Julai 2011

Masa: 7.15 – 7.40 pagi

Tempat: Gelanggang Bola Keranjang Sekolah

Kehadiran:
10 orang ahli Pembimbing Rakan Sebaya dan 11 orang pelajar dari kelas 4A1.

Perkara:
Pada hari Moral (Jumaat), ahli Pembimbing Rakan Sebaya dan murid-murid telah memberi persembahan tentang “AIDS”. Selepas persembahan “AIDS”, guru besar menyampaikan sijil kepada murid-murid yang melibatkan diri dalam kem kaunseling. (Skrip drama dilampirkan)

Refleksi:
Penglibatan ahli-ahli Pembimbing Rakan Sebaya agak memuaskan. Semuanya telah memberikan kerjasama atas persembahan ini.

Catatan:
Sebelum persembahan ini, ahli-ahli Pembimbing Rakan Sebaya dan murid-murid yang menyertai persembahan telah menjalankan latihan persembahan sebanyak 2 kali pada 13 dan 14 Julai 2011 di bilik kaunseling.



Sekian, terima kasih :)