Isnin, 3 September 2012

Sejarah Perkembangan Program Pembimbing Rakan Sebaya


Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah diperkenalkan di Malaysia sejak tahun enam puluhan tetapi fokusnya pada masa itu ialah pada bimbingan kerjaya.Guru-guru telah diberi kursus pendedahan selama seminggu yang dijalankan oleh seorangg pegawai perunding dari Kanada bernama R.K. MCKenzie yang tugasnya melatih kakitangam dalam bidang bimbingan keerjaya,sekitar tahun 1962-1963.Dalam tahun 1969,buat pertama kali kursus bimbingan diadakan untuk guru-guru untuk memberi pendedahan tentang konsep bimbingan dan kerjaya.

Dalam tahun 1979,Laporan Kabinet menekankan bahawa perkhidmatan bimbingan tidak harus memberi fokus kepada bimbingan kerjaya sahaja tetapi harus juga memasukkan bimbingan dan kaunseling untuk perkembangan diri pelajar.Kementerian Pendidikan mula mengadakan kursus pendek dan panjang untuk guru dan pegawai Kementerian.Ada di antara mereka dihantar ke luar negeri untuk mendapat latihan dalam bidang ini.Universiti tempatan dan maktab perguruan menyahut cabaran ini dengan melatih guru-guru dalam bimbingan dan kaunseling di peringkat sijil,sarjana muda dan diploma sejak tahun 1980 seperti Maktab Perguruan Ilmu Khas,Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Pertanian Malaysia.

Walaupun begitu,konsep Pembimbing Rakan Sebaya atau Kaunselor Sebaya tidak termasuk dalam kurikulum latihan tetapi terdapat guru-guru yang melatih pelajar dalam bidang ini dengan inisiatif sendiri.

Program PRS ini mula diperkenalkan di sekolah-sekolah secara tidak formal dalam tahun 1986 melalui projek perintis yang dikendalikan oleh penulis yang pada masa itu bertugas sebagai Ketua Jabatan di Institusi Aminuddin Baki (IAB).Program ini mendapat sokongan daripada Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan , Dato’ Jumaat bin Dato’ Mohd.Nor dan pegawai Unit Bimbingan dan Kaunseling seperti Tuan Haji Ab.Latif Ali,En.Tohir Hashim dan En.Kamaruzzaman Jamal.Bersama-sama  mereka ini,penulis menganjurkan Seminar-Bengkel Pembimbing Rakan Sebaya peringkat kebangsaan yang diadakan pada 19-21 Januari 1987,di Institut Aminuddin Baki (IPPN pada masa itu).Dalam seminar ini penulis telah membentangkan konsep PRS dan nama Pembimbing Rakan Sebaya telah diterima sebagai nama formal program ini.

OBJEKTIF PROGRAM PRS DI SEKOLAH

  • Untuk membina satu lagi sumber sokongan bagi pelajar mendapatkan bantuan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
  • Untuk membentuk kumpulan PRS yang terlatih yang boleh menjadi pendengar yang baik dan berkeupayaan untuk membantu rakan.
  • Untuk membolehkan pelajar terpilih berinteraksi dengan berkesan dengan rakan sebaya mereka melalui latihan perkembangan diri dan kemahiran memberi pertolongan.
  • Untuk menyediakan sekolah satu lagi pendekatan membantu pelajar dan menyekat masalah disiplin dari meruncing  melalui pengaruh rakan sebaya yang positif.

Untuk membantu guru bimbingan dan kaunseling memperluaskan melalui projek membantu yang dijalankan oleh PRS.

HUBUNGAN PRS PELAJAR DAN UNIT KAUNSELING

Pembimbing rakan sebaya merupakan seorang pembimbing yang dapat membantu rakan sebayanya menghadapi ,memahami dan menyelesaikan sesuatu atau pun sebahagian daripada masalah secara bersama.Konsep ‘kaunselor’ pula biasanya mempunyai implikasi bahawa seseorang itu dilatih khusua di dalam bidang kaunseling secara formal dan dia diberikan suatu peranan yang formal di dalam  suatu organisasi untuk menjalankan peranan itu.Ini bererti bahawa latihan intensif tentang kaedah menjalankan kaunseling yang  tertulis dan dia biasanya menjalankan tugasnya secara separuh masa di dalam ruang pejabat yang telah disediakan.Kaunselor sebaya diberikan peranan untuk membantu kaunselor sepenuh masa mendalikan kes-kes yang mungkin tidak sempat dikendalikan olehnya.Kaunselor penuh masa itu juga merupakan sebagai penyelia bagi kaunselor sebaya.

mereka yang hanya ingin menjadi Pembimbing ,kursus lanjutan yang mengajarnya cara menjalankan proses kaunseling yang lebih formal.
Pada peringkat permulaan peranan kaunselor sebaya adalah di dalam bentuk yang kurang formal.Pada peringkat awal ini lebih sesuai digunakan istilah Pembimbing Rakan Sebaya iaitu mereka tidk dikehendaki menjalankan bimbingan yang formal tetapi sebaliknya mereka dikehendaki  sentiasa menggunakan kemahiran bimbingan mereka di dalam segala kegiatan mereka di dalam dan di luar sekolah. Mereka  boleh memberikan bimbingan tusyen dan peribadi kepada seorang pelajar yang bermasalah.Jika masalah itu didapati serius,pembimbing boleh merujukkannya kepada kaunselor tetapi hanay dengan kebenaran pelajar yang bermasalah itu sendiri.
Sekian, terima kasih :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan