Selasa, 18 September 2012

Definisi Ahli Pembimbing Rakan Sebaya



Definisi 

Pembimbing rakan sebaya ialah seorang murid yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling.I a berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya,terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan.PRS tidak bertugas untuk memberi nasihat dan menyelesaikan masalah rakan-rakan tetapi ia menjadi seorang pendengar yang peka kepada perasaan orang lain,berminat dan mengambil berat serta rela memberi khidmat dalam sistem sekolah.

Rasional

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah lama bertapak dalam sistem pelajaran kita. Walaupun perkhidmatan ini masih mempuyai ruang yang luas untuk diperbaiki,khidmat  “murid membantu murid” merupakan satu khidmat sokongan yang penting untuk mengisi ruang tersebut. Oleh sebab murid adalah lebih mudah ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan rakan , maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan murid yang terlatih dalam kemahiran asas menolong sangat penting untuk meningkatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

  • guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa belum mencukupi untuk menampung keperluan khidmat yang makin bertambah.
  • bertambah masalah salahlaku dalam kalangan murid.Murid memerlukan bimbingan dan perhatian PRS sebagai khidmat sokongan.
  • membantu khidmat bimbingan dan kaunseling dalam menyediakan saluran untuk mencurahkan perasaan dan perkara lain yang tidak dinyatakan kepada orang dewasa.



Sekian, terima kasih :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan